Hai korang semua.. Ada yang tertanya² macam mana aku gabungkan gambar modelny macam beberapa gambar dekat fesbuk. Kali ni aku luangkan masa untuk korang kejap untuk ajar macam mana untuk buat gambar seperti bawah ni. Tapi, nak wat gambar ni, kena ada kesabaran tinggi, focus dan kreatif.
Gambar ni saja pakai baju yang sama sebab nak bagi menonjol lagi seni gabungan photoshop(Means, nampak sikit la edit).
Tips: Seelok²nya pakai baju yang kontra dengan background belakang supaya mudah nak edit..
Mula² korang perlu ambil beberapa gambar korang dengan pelbagai posisi mengikut kreativiti gambar yang ingin korang buat.
Kalau korang tengok, tone warna tak sama kan? Itu la cabarannya.. Hehe.. Janji Gambar korang snap static. Mudah nak edit.
Mula² aku amik satu gambar sebagai background.
Lepas tu, korang crop gambar² lain untuk digabungkan..
Korang perlu duplicate layer kemudian disable view background.
Aku gunakan Magnetic Lasso untuk select badan aku, lepas tu tekan Ctrl+Shift+i, then, korang boleh tekan butang delete untuk buang bahagian yang tak perlu.


Tarik semua layer yang korang duplicate dan cut guna Move Tool(V) ke layer background sebelum ni untuk gabungkan semuanya supaya padan. Gunakan Blur Tool(R) untuk blur-kan sedikit tepi gambar yang di-cut tadi supaya nampak agak real sedikit. Saiz diameter brush tak perlu besar sangat mungkin dalam 6px jerk.. Untuk ubah saiz brush, right click pada gambar setelah pilih Blur Tool tadi.
Ok.. Looking good.. But, korang kene fikirkan jugak isu² lain seperti:
Bulatan 1: tiada bayang2
Bulatan 2 & 3: tona muka tidak sama
Untuk selesaikan masalah ni, aku tambah bayang² kat belakang orang yang duduk tu. Tambah new layer pada belakang orang yang duduk tu. Draw la seperti bayang
Aku just tambah guna Brush Tool then warna boleh diubah suai Opacity yang ada pada layer
Kemudian Select kawasan muka dan ubah tone warna guna Brightness & Contrast atau Color Balance. Ni contoh semua layer yang aku buat:
Akhir skali, siap la..
Ukie.. Aku pon tak tau sangat nak ajar camne. So, kalau ada pape soalan, korang try la surf kat Google tanya pakar.. Huhu.. Selamat Mencuba..











