Manusia sering tertipu dengan mainan akal yang mentafsir istilah tuturan kata-kata yang diucapkan tiap-tiap hari. Lebih –lebih lagi apabila ia melibatkan bahasa campur. Diantaranya istilah baik, justice dan sebagainya. Dan disini yang ingin dibincangkan adalah istilah yang sinonim dengan remaja khususnya iaitu cinta, couple dan jodoh. Tiga istilah yang bercampur dari segi bahasa dan agama.
Sebenarnya cinta, couple dan jodoh adalah berbeza yakni tidak berkaitan di antara satupun.
CouPLe
Apabila kita membicarakan tentang couple, jadi ia berkaitan dengan hubungan. Perhubungan dikalangan manusia atau lebih focus pada muammalat umat islam. Untuk memperincikan tentang ini, pemerhatian boleh dijalankan terhadap cara tindakan dan pertuturan diantara manusia dalam menjalankan kehidupan. Disini kita boleh membuat kesimpulan kepada 4 jenis perhubungan, iaitu: 1. Kawan 2. Rakan 3. Sahabat 4. Teman . Perhubungan jenis kawan ini adalah apabila orang itu, apabila kita jumpa dia kita tegur/greet dia. Beri salam, bersalam. Then berlalu begitu sahaja. Jika berlaku perbualan pun hanya perbualan ringkas sahaja. Jenis rakan pula, lebih advance sedikit berjumpa dan berbual dengan lebih panjang dengan mempunyai tujuan tertentu. Hanya ingin berjumpa dengan orang tersebut apabila ia memberi kepentingan tertentu kepada kita. Contohnya rakan kerja, rakan sepermainan dan sebagainya. Seorang pelajar diberi tugas dalam membuat experiment. So orang dalam group tersebut adalah rakan dia. Setelah selesai kerja experiment tersebut maka hubungan rakan tadi menjadi kawan. Sahabat pula memiliki sifat hubungan kawan, rakan dan lebih advance lagi. Perhubungan sahabat berlaku apabila dia begitu mengambil berat tentang seseorang. Biarpun orang itu menghadapi kesusahan, dia akan tetap akan bersama mengharunginya serta membantu. Bergembira bersama, susah bersama. Tempat berkongsi masalah, bercerita dan bermain. Kita dapat menyentuhnya, mendampingi dan bergurau dengannya. Itulah sahabat. Hubungan seterusnya ialah hubungan teman. Hubungan ini merangkumi semua hubungan kawan, rakan dan sahabat malah lebih advance lagi. Berbeza dengan sahabat kerana teman ini,mereka berkongsi segala-galanya, seperti perbelanjaan, kesusahan dan kesenangan hidup, seks, hidup dan mati, sentiasa bersama. Hubungan ini lebih tepat dan faham jika kita namakan suami dan isteri. Hidup bersama. Jadi jika kita perhatikan 4 hubungan ini, menjadi tanda tanya pada kita, dimanakah kedudukan couple dalam perhubungan ini?adakah ia terletak pada kawan? Sudah tentu jauh sekali. Jadi adakah rakan, sahabat atau teman? Jadi cuba kita tinjau balik cara perhubungan yang dilakukan apabila seseorang itu bercouple. Adakah ia boleh disamakan dengan teman? Bagaimana pula dengan cinta? CINTA pula berhubungkait dengan perasaan. Jadi definisinya hendaklah melihat dari sudut perasaan manusia. Bagaimanakah manusia menaruh perasaan terhadap seseorang? Kenapa manusia boleh jatuh cinta? Saya mendefinisikan cinta sebagai suatu perasaan yang lahir dalam diri manusia apabila dia sayang orang lain melebihi dirinya. Jadi cinta bermaksud sanggup berkorban. Manusia boleh jatuh cinta apabila dia mengenali sesorang itu lebih banyak dari sudut kelebihan berbanding dari sudut kekurangan atau keburukannya. Apabila manusia pertama kali berjumpa, perkara pertama yang mereka akan kenali adalah paras rupa. Oleh sebab paras rupa yang menawan, manusia sudah melihat kelebihan yang terawal berbanding kelemahannya. Oleh itu wujud cinta pandang pertama. Tetapi awas cinta ini biasanya dipengaruhi oleh nafsu. Cinta yang tidak dipengaruhi nafsu apabila dia melihat ke atas seseorang itu, dia melihat kebesaran Allah swt. Kecantikannya mengingatkan kepada yang menciptakannya. Dan kemudian apabila kita mula berkawan, mula mengenalinya maka kita tahu akan baik buruknya yang sebenar. Cinta tidak memerlukan balasan. Kita berasa gembira apabila melihat orang yang kita cinta itu bahagia walau bukan bersama dengan kita. Kita ambil berat tentang dirinya. Kita boleh bercinta dengan seseorang walaupun tidak menjalinkan hubungan khas dengannya atau walaupun kita tidak pernah bertemu dengannya. Contohnya cinta pada Allah s.w.t dan Rasullullah s.a.w. cinta inilah yang dididik didalam Islam. Cinta memerlukan pertimbangan akal. Cinta bermasalah apabila akal memberi markah yang lebih kepada sesuatu yang tidak sepatutnya terhadap sifat dan ciri-cirinya. Contohnya seseorang itu mempunyai banyak keburukan dan kejahatan, tetapi disebabkan kecantikannya maka dia jatuh cinta padanya. Kesimpulannya cinta itu asalnya adalah suci kerana ia di ajar oleh Allah s.w.t, tetapi kesucian cinta akan terpelihara hanya dengan iman dan akal, dan awas cinta akan kotor dengan maksiat apabila dipengaruhi dengan nafsu.
JODOH pula adalah ketetapan Allah s.w.t atau lebih dikenali sebagai takdir. Allah s.w.t lebih mengetahui pasangan mana yang sesuai untuknya. Contohnya seperti yang disebut dalam surah An-NUr lelaki baik untuk wanita baik. Jadi untuk memastikan jodoh kita adalah yang terbaik maka diri sendiri perlulah menjadi baik terlebih dahulu…(“,)
So..fikir-fikirkanla yerr...Wassalam..
p/s:cinta? icman..aqu bab ny la KANTOi lau nek muTo laju2x qety ler.. ny HaL perasaan mmg x pandai hehe..... so spa2 yg bru tgh muLa bercinta 2..pk2x la..yg korunk 2 betuL2x..sayang kan pasangan masing2x? sayang secara ikhlas ke xpn hanya perasan suka yang boleh berubah2x? by the way being single xla terOk mana pN, yang pentIng kita pandai menguruskan kehidupan :)




