terima kasih sy ucapkn kerna sudi menbaca dlm blog sy ....
Ramai antara kita yang agak sukar nak tambah berat badan yang sesuai dan ideal. Hari ini saya nak berkongsi beberapa tips tambah berat badan yang mungkin membantu anda. Jom kita tengok kat mana kesilapan kecil yang mungkin melambatkan penambahan berat badan anda.
Sehari seharusnya anda perlu mengambil 6-7 kali makanan dan kurangkan makanan junk food kerana adanya junk food ini akan melambatkan metabolisme badan yang yang menyebabkan tubuh anda tidak bekerja dengan sihat.
Pengambilan karbohidrat dan protein perlu kerap terutama setelah latihan untuk mengantikan gula dalam otot semasa latihan. Manakala protein diperlukan oleh otot yang baru saja kita rosakkan sewaktu latihan berat.
Multivitamin hendaklah kerap diambil dan paling penting anda perlu ambil real food maksimum 1 jam setelah latihan. Manakala basic untuk yang ingin tambah berat tapi nak badan mempunyai shape, latihan beban sekurang-kurangnya tidak melebihi 1 jam. Kurangkan kardio dan jangan melatih otot yang sama lebih dari 2x seminggu.
P/s: Ada pelbagai cara untuk tambah berat dan kuruskan badan tapi yang paling penting adalah tekad dan usaha!
;D



